Wednesday, 4 April 2012

Hafalan Shalat Delisa

Saya baru saja berkesempatan menonton filem Hafalan Shalat Delisa.  Ia hadir bersaing-saingan dengan filem Ombak Rindu yang ditayangkan di Malaysia.  Hafalan Shalat Delisa diambil dari kisah benar yang berlaku ketika tsunami melanda Acheh pada Disember 2006.  Delisa anak kecil yang bersunguh-sungguh menghafal bacaan solat untuk menempuh ujian amali solatnya.  Saat Delisa sedang berusaha dalam ujian amali solatnya tanpa dijangka tsunami telah melanda bumi Acheh memisahkan Delisa dengan Ummi, kak Fatima, kak Zahra dan kak Aisyah.  Antara kata-kata yang cukup membuat saya tersentuh ialah Delisa sayang Ummi kerana Allah, keikhlasan itu adalah semata-mata kerana Allah bukan mengharapkan balasan...

 

7 hari lagi!

Assalamualaikum wbt everyone!

7 hari lagi saya bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan saya, weeweet. InsyaAllah moga dizinkan Allah, saya bakal menempuh alam perkahwinan.  Tentu saja pelbagai perasaan sedang bergelumang dalam jiwa ini.  Gembira kerana tidak lama lagi hidup saya ditemani encik suami ke mana saja insyaAllah.  Sedih kerana jika dulu abah dan mak tempat saya merujuk dalam membuat keputusan dalam hidup tapi lepas ni saya encik suamilah  tempat saya mengadu segala susah dan senang menempuh kehidupan masa depan.  Jika dulu syurga itu terletak di bawah kaki ibu tetapi setelah berkahwin syurga itu terletak di bawah kaki suami.  Wowww betapa mulianye title seorang suami itu rupanye...

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Oh ya perasaan takut pun ada kerana saya tidak kenal lama bakal encik suami sekadar kenal gitu-gitu lalu Allah buka pintu hati saya untuk terima dia sebagai teman hidup dunia akhirat insyaAllah.  Teruja pun ada kerana majlis saya nanti merupakan majlis pertama dalam keluarga saya. Moga Allah mempermudahkan segala urusan walimatulurus nanti.  InsyaAllah. Terima kasih buat mak abah dan adik-adik yang sentiasa bersama saya sepanjang jatuh bangun dalam kehidupan saya juga buat kalangan teman-teman rapat yang menitipkan kata-kata motivasi untuk saya menempuh alam baru itu.  Pesannya jadikan suami kamu tempat mengadu segala masalah, jangan buka rahsia perkahwinan dan jaga ia dengan baik, hati-hati dalam berbicara dan sentiasa berfikiran positif.  Kawan-kawan, doakan saya agar dapat menempuh alam itu dengan baik.  Moga alam perkahwinan itu nanti akan menjadi lubuk untuk saya menambah saham akhirat saya buat bekalan menuju ke alam sana. Ameen. Renung-renungkan...

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

(Surah An-Nuur: ayat 32)

"عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسَوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ فَإِنَّهُنَّ يَأْتِيْنَكُمْ بِالْمَالِ".
Maksudnya: Dari Aisyah Radiallahu-Anha, Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Berkahwinlah kamu,  kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta".
(Riwayat Al-Imam Al-Bazzar)
 

Thursday, 2 February 2012

Lamanye tak update!

Lakukanlah segala hal dalam hidup ini semata-mata kerana Allah, nescaya Allah permudahkan segala urusan kamu!

Thursday, 12 January 2012

Mana Milik Kita - Rabbani

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Saya sangat suka lagu ni kerna lagu ini mengingatkan saya semua yang saya miliki saat ini bukan milik saya, tapi milik Allah, pemilik segala-galanya.  Nyanyian arwah Ustaz Asri sangat meruntun jiwa mengingatkan saya bila-bila masa Allah bisa menarik segala nikmat yang dipinjamkan oleh-Nya untuk saya.  Nikmat pancaindera, nikmat kasih sayang, nikmat kesihatan, nikmat ilmu dan segala nikmat yang tidak terkira banyaknya. Ampunkan saya Allah kerna sering alpa dengan pinjaman-Mu.....

Sunday, 8 January 2012

Entri Pertama 2012

Terlalu banyak cincin di luar sana tetapi cincin di jari amat bermakna