Monday, 11 February 2013

Afnieponie

This is my fren Afni.  She is younger a month than me.  But she have two kids now.  (die cepat laku lor than me!) The above picture shows the moment when we celebrate our 26th birthday! (At this moment, Afni just 'habis pantang' after delivered her first baby, Iris Sofiyya)

Meanwhile i'm expecting my first baby, she is also expecting her second baby.  But today on 4th February 2013, thank you to Allah, she had delivered her second baby safely.  It's a girl! Congratulationsss my fren for the bundle of joy.  

Lets flash back the moment i met Afni.  I met Afni if i'm not mistaken at the end of November 2008 when she was posting with the same unit with me.  Until now, i can still remember the first question that she asked me "Wey, hang takdak marka ka?" Haha.  I replied "Marka? Markah laporan prestasi ka?" She laugh at me and said "Marka tu boypren lah"I never thought marka means boyfriend! "Hang saja kan!!! Jodoh aku tak mai lagik nk wat camna".  "Tapi jodoh ni kena usaha gak wei, tak leh duk saja"  "Ye eh? Aku nak wat camana kalu takdak yg suka lagik kat aku. Haha! 

Suddenly one day, she gave me a cute notes that wrote the asmaul husna to find jodoh.  Thank you fren for the useful notes that i use to recite everyday with the hope from Allah that He will give me the oppurtunity to be a wife and mother one day. 

Untill now, we are still in the same unit, same department, same level.  She is one of my fren that i always share the happiness and sadness in my life. Thank you fren for always be with when i need someone to talk to from still single and now married, cheewahhh, hee.  Tak lama lagik turn aku plak rasa sakit bersalin macam hang rasa, rasa macam mana hang rasa betapa sibuknye hidup bila dah ada anak. Takkan lupa hang sampai bila-bila walaupun mulut hang kecoh! Haha. 

* Ini adalah entri Oh My English saya yang sangat tak mengikut tatabahasa. :) 
  


Wednesday, 2 January 2013

Saya sedang berjihad!

Assalamualaikum wbt.

Wow lamanya saya tak update blog! huhuhu. Rupanya life sebagai seorang wife sangatlah sibuk sampai tak sempat nak curi-curi masa untuk update blog. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Allah terus memurahkan rezeki kami berdua. Kini kami sangat teruja dan berdebar menantikan penyeri hidup kami! Yup! We're expecting a baby soon. Wah mcm tak percaya dah nak pikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah! Thank you Allah.

Masa berlalu begitu pantas.  Kini dah masuk trimester ketiga baru sedar due date semakin hampir. Bole tak baru sedar? hihi. Rasa macam baru je semalam dapat tahu saya pregnant.  Rasa macam baru je dapat rasa baby tendang-tendang dalam perut nih. Tak lama dah nak bersalin rupanya! Ok macam tak percaya lagi. 

Pagi 13 Julai 2012, setelah hampir sebulan cik bulan tak kunjung tiba, saya dengan semangat dan penuh tawakal menjalankan upt sendiri di rumah untuk kali kedua. Jeng jeng jeng, sangat sangat tak sangka hasil ujian menunjukkan 2 line = +ve = pregnant! Terus jerit "Abangggg, abanggg cepat tengok!" En suami senyum penuh makna.  Alhamdulillah, MasyaAllah, Subhanallah, memang benar Allah itu sangat pemurah kepada hamba-Nya.   Kami berdua tidak berhenti mengucapkan syukur. Disebabkan buat test sendiri dan tak jumpa doktor, tetiba masa tu terbit perasaan sedikit tidak percaya, eh result ni boleh percaya ker, haha. Lagipun masa tu saya tak mengalami sebarang alahan cuma terasa badan letih luar biasa. Asyik rasa nak tidur jer. Oh ya! Sebelum buat test upt tu, ada satu malam sebelum tidur tetiba saya request dengan en suami nak makan chicken chop dan air neslo! Boleh tak malam-malam nak makan menu sebegitu?! haha. 

21 Julai 2012, Sabtu bersamaan 1 Ramadhan 1433H, umat Islam seluruh dunia mula berpuasa.  Oh betapa 'excited'nya saya melalui Ramadhan kali ini.  Ye lah tahun pertama saya berpuasa bersama insan bergelar suami. Ohhh tak lupa juga puasa bersama baby dalam perut nih. Alhamdulillah saya tak keseorangan lagi meraikan Ramadhan tahun ini. :) Jam menunjukkan pukul 5petang,  hanya beberapa jam sahaja lagi untuk berbuka puasa, suddenly saya terasa mual, tekak rasa pahit, dan tak lama lepas tu saya vomit!!! Kotak fikiran berkata 'Jeng jeng jeng, adakah ini tanda bermulanya alahan pregnant?'

Bermula dari hari pertama puasa hinggalah tamat bulan puasa, hampir setiap petang saya akan vomit dan waktu kebiasaannya adalah jam 5 petang dan 12-1 tengah hari! Lemah satu badan bila dah muntah.  Tambahan batuk saya masih belum baik sejak bulan 6/2012! (gara-gara terlebih makan durian kat muo!) Kalau wanita hamil yang lain mengalami morning sickness, tapi saya mengalami evening sickness, haha. Waktu ni, saya amat sensitif dengan bau perfume, bau ubat gigi colgate, bau krim muka, bedak muka, memang comot dan pucat sangat muka masa alahan tu. Saya juga sangat sensitif dengan bau udang basah, ayam dan ikan yang belum disiang. huhu. Tapi bila siang ikan kat umah mak ok jer. tak vomit langsung. Menakjubkan! hee. Alahan berlarutan sehingga usia kandungan hampir memasuki 5 bulan.  Selera makan juga berubah pada waktu ni.  Saya tak boleh makan lambat, kena makan on time, tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak, tak boleh makan pedas, berminyak dan berempah, huhu.  Baby benar-benar mengajar mamanya makan mengikut sunnah Nabi "Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang!" hehe.   

Semasa usia kandungan 16 minggu, saya diserang demam. Muntah seperti biasa bertukar menjadi muntah + darah = muntah luar biasa. Mungkin disebabkan hari-hari saya muntah, tambahan batuk yang berpanjangan menyebabkan tekak berdarah dan tekak saya rasa pahit sangat. Tapi saat itu, terdetik dalam hati, "Mungkinkah roh telah ditiup dalam janin mama?" Malam itu, suami terus mengajak ke klinik dan keesokkannya saya mendapat mc untuk satu hari. Mc kali pertama untuk tahun ini dan semasa pregnant! Keesokkannya saya bekerja seperti biasa, pulang dari tempat kerja, saya baring seketika dan suddenly saya dapat merasakan ada sesuatu bergerak-gerak dalam perut saya, rasa seperti vibrate dalam perut. Subhanallah! Anak mama dah mula bergerak! Roh telah ditiup ke anak mama! Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
 


Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu dalam rahim ibu selama empat puluh  hari dalam bentuk nutfah( sperma), kemudian menjadi alaqah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah( segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menulis empat  perkara; rezkinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya. Maka demi Allah tiada Tuhan selainNya,  ada seseorang diantara kamu yang mengerjakan amalan ahli Syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli Neraka hingga ia masuk ke dalamnya. Ada sesaorang diantara kamu mengerjakan amalan ahli Neraka, sehingga tidak lagi jarak antara dirinya dan Neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli Syurga, dia pun masuk ke dalamnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Masuk 20 minggu, alhamdulillah alahan semakin hilang.  Saya semakin okey bila bau perfume dan paling menggembirakan bila saya dah boleh makan minum macam-macam! Cuma masih lagi sensitif dengan bau colgate! Antara makanan kegemaran saya semasa pregnant kali pertama ni ialah mihun (esp: mihun Singapore!), pisang dan makanan berasaskan jagung! Jagung rebus, jagung bakar, aiskrim jagung dan nasi jagung! Masa pregnant ni jugalah pertama kali dalam hidup saya, saya cuba masak nasi jagung sendiri! Haha.   

Setiap kali melalui kesukaran sewaktu pregnant, saat itu lah teringat mak, ooo macam ni mak rasa masa pregnantkan saya dulu.  Teringat kata-kata mak saat saya mengadu rasa pinggang macam nak tercabut, "sakit-sakit sekarang ni (masa pregnant) sket jer kalo nak dibandingkan sakit masa nak bersalin". Gulp. Terus terdiam.  Bila tanya mak, "Sakit bersalin tu rasa macam mana mak?" Mak cuma mampu describe "Sakit masa bersalin itu, cuma fikir antara hidup atau mati." Besarnya pengorbanan mak. Tak ternilai pengorbanannya untuk saya balas dengan wang ringgit. Tak lama lagi saya juga harus berjuang berhabis-habisan demi melahirkan cinta hati kami. Moga Allah mempermudahkan segala-galanya. Ameen ya rabbal alamin. :)









Thursday, 18 October 2012

Ehemmm



Salam all,

Skang ni saya tengah terlalu mengantuk, suddenly bukak gambar lama terjumpa gambar-gambar kat atas ni...banyak kali tersama color baju ngan die rupenye even masa hari keje biasa, hee, is it all of this is just coincidence? Coincidence that become reality. Sangat tak sangka ok. Saat-saat perkenalan zarazery bermula masa kami ditugaskan keje luar. Eventhough kami tak bercinta, kuar berdating bagai nak 'ghak' seperti couple lain tapi rupenye inilah aturan Allah yang terindah buat kami :) Hehehehe. So speechless. Thank You Allah.




@Belantik, Kedah (he was behind me!)

@ Jb, tengok tu noty tak die, gambar die sorang je color :)

@Perlis, ehhh baju kami sama colorlah, haha

@Sempadan Msia-Thai, ehhh die kat sebelah kiri saya rupenye

Family Day kat Morib, tetiba die nak enterframe ok (x sopannye aku duduk! haha)
Jamuan Raya 2009, kami dua-dua kat hujung kiri dan kanan

OMG!!! macam mana la baju bole tersama color ni.

ok nampak sepadan kan, hehehehe




Saturday, 6 October 2012

Cinta Bersatu :)

 majlis sebelah sy
 outdoor nusajaya



outdoor segamat :)

Sunday, 17 June 2012

Tanggal 13.04.2012

Assalamualaikum wbt everyone!

Syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan Allah saya telah selamat memegang title isteri kepada encik suami
pada 13 April 2012 yang lalu.  Syukur akhirnya Allah beri peluang kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Sekarang encik suami tengah zzzz sementara sy berblogging sambil menanti sup tulangku empuk.  Hehe.

Ok nak flash back detik2 indah sebelum saat ijab kabul.

11 April 2012

Doorgift yang kami tempah dari Melaka baru sahaja sampai ke JB dihantar melalui pengangkutan bas awam! Bersengkang mata melipat beg doorgift dan memasukkan doorgift dan mathurat. Namun telur pindang yang kami tempah tak sampai lagi. Pelamin dan hiasan bilik tidur pun tak buat lagi. Haish sempat ke?

12 April 2012

Kawan-kawan opis mak datang tolong buat gubahan sireh junjung dan doorgift lagi.  Telur pindang hanya sampai jam 11malam! Pak Andam pun datang pukul 11 malam pasang pelamin, hias bilik tidur dan hiasan tangga. Bersengkang mata hingga jam 2 pagi. OMG!!!  Inai tak pakai lagi, esoknya nak nikah. Paling terharu nenek dan uki bersusah payah pakaikan inai kat aku, "balut plastik long, balut plastik, nanti terabur inai masa along tidur"

13 April 2012

Hari yang dinanti-nanti telah tiba. Alhamdulillah cuaca sangat baik moga panas hingga ke petang.
Solat Jumaat selesai, debaran bermula. 4pm mak andam sampai, photographer pun da sampai. Debaran semakin memuncak.  Mak Long Samsiah pesan jangan berhenti berselawat sehingga waktu akad.

5.00pm :
Rombongan pihak lelaki sampai. Tak lama lepas tu Tok Kadi pun sampai. Wahhh berdebarnya!!!Persetujuan wali daripada abah kepada tok kadi selesai. Sebelum
menandatangi borang akad, tok kadi pesan "Niatkan pernikahan ini kerana Allah". Selesai niat, sy pun tandatangan dengan menggigil-gigil! Betul orang cakap lagi hampir waktu akad lagi berdebar!!!
Sepupu saya Ain mengiringi saya saat2 turun ke pelamin akad. Kata Ain "Sejuknya tangan akak".  Duduk di bantal nikah saya panggil emak untuk duduk di sebelah saya. Anak kamu ini sangat berdebar! Saya sempat mengerling en suami yang juga kelihatan berdebar! Nervous kan syg!

5.30pm

Tok Kadi mula membacakan khutbah nikah, hadis-hadis berkaitan nikah dan menitipkan pesanan-pesanan. Antaranya jika bergaduh sebelah pihak harus diam dan beri masa kepada pasangan untuk 'cool down', jangan cabar-mencabar antara satu sama lain, bertolak ansur, bertoleransi, saling bantu-membantu antara satu sama lain. Masa ni rasa rugi pula tak ambil videographer!
Ok ready encik suami, praktis dulu. Aku terima nikah yer bukan aku terima nikahnya yer.
Bismillahirrahmanirrahim
Aku terima nikah sfzmdisa dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai. Sah? Sah. Fuhhhh lega. Alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz saya telah selamat bergelar isteri kepada en suami. Buat pertama kalinya saya mengucup tangan lelaki bernama suami. Terus teringat hadis nabi "..wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki....." wahhh dialah pemilik tulang rusuk kiri rupanya! Alhamdulillah, tidak berhenti-henti saya mengucup syukur ke hadrat Ilahi.

Selesai akad, sudah tentunya ada lafaz taklik dan lafaz penyerahan tanggungjawab oleh kedua ibu bapa. Alhamdulillah mak yang pada mulanya tak mahu baca cukup sporting membacakan lafaz penyerahan tanggungjawab.  Saya juga berjaya menahan sebak, ye lah kan sebagai anak sulung dan majlis ini merupakan majlis akad pertama dalam keluarga saya.

Kami telah selamat disatukan 63 hari yang lalu.  Begitu cepat masa berlalu upacara akad nikah tersebut bagai semalam berlaku. Ia masih segar dalam ingatan saya dan en suami bersaksikan mak, abah, ayah, uki, angah, nenek, atok dan seluruh sanak-saudara yang lain. "Abg gigil tak masa nikah?" tanya saya. "Mau tak gigil, bohonglah kalo ad lelaki yang cakap tak gigil masa nak nikah!"jawab en suami.

Abg,
Love u in every beat of my heart!!!

Ok masa dah time, hehe, nantikan update seterusnya dari saya!!! Xoxo
17 Jun 2012.

Wednesday, 4 April 2012

Hafalan Shalat Delisa

Saya baru saja berkesempatan menonton filem Hafalan Shalat Delisa.  Ia hadir bersaing-saingan dengan filem Ombak Rindu yang ditayangkan di Malaysia.  Hafalan Shalat Delisa diambil dari kisah benar yang berlaku ketika tsunami melanda Acheh pada Disember 2006.  Delisa anak kecil yang bersunguh-sungguh menghafal bacaan solat untuk menempuh ujian amali solatnya.  Saat Delisa sedang berusaha dalam ujian amali solatnya tanpa dijangka tsunami telah melanda bumi Acheh memisahkan Delisa dengan Ummi, kak Fatima, kak Zahra dan kak Aisyah.  Antara kata-kata yang cukup membuat saya tersentuh ialah Delisa sayang Ummi kerana Allah, keikhlasan itu adalah semata-mata kerana Allah bukan mengharapkan balasan...