Sunday 17 June 2012

Tanggal 13.04.2012

Assalamualaikum wbt everyone!

Syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaan Allah saya telah selamat memegang title isteri kepada encik suami
pada 13 April 2012 yang lalu.  Syukur akhirnya Allah beri peluang kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri. Sekarang encik suami tengah zzzz sementara sy berblogging sambil menanti sup tulangku empuk.  Hehe.

Ok nak flash back detik2 indah sebelum saat ijab kabul.

11 April 2012

Doorgift yang kami tempah dari Melaka baru sahaja sampai ke JB dihantar melalui pengangkutan bas awam! Bersengkang mata melipat beg doorgift dan memasukkan doorgift dan mathurat. Namun telur pindang yang kami tempah tak sampai lagi. Pelamin dan hiasan bilik tidur pun tak buat lagi. Haish sempat ke?

12 April 2012

Kawan-kawan opis mak datang tolong buat gubahan sireh junjung dan doorgift lagi.  Telur pindang hanya sampai jam 11malam! Pak Andam pun datang pukul 11 malam pasang pelamin, hias bilik tidur dan hiasan tangga. Bersengkang mata hingga jam 2 pagi. OMG!!!  Inai tak pakai lagi, esoknya nak nikah. Paling terharu nenek dan uki bersusah payah pakaikan inai kat aku, "balut plastik long, balut plastik, nanti terabur inai masa along tidur"

13 April 2012

Hari yang dinanti-nanti telah tiba. Alhamdulillah cuaca sangat baik moga panas hingga ke petang.
Solat Jumaat selesai, debaran bermula. 4pm mak andam sampai, photographer pun da sampai. Debaran semakin memuncak.  Mak Long Samsiah pesan jangan berhenti berselawat sehingga waktu akad.

5.00pm :
Rombongan pihak lelaki sampai. Tak lama lepas tu Tok Kadi pun sampai. Wahhh berdebarnya!!!Persetujuan wali daripada abah kepada tok kadi selesai. Sebelum
menandatangi borang akad, tok kadi pesan "Niatkan pernikahan ini kerana Allah". Selesai niat, sy pun tandatangan dengan menggigil-gigil! Betul orang cakap lagi hampir waktu akad lagi berdebar!!!
Sepupu saya Ain mengiringi saya saat2 turun ke pelamin akad. Kata Ain "Sejuknya tangan akak".  Duduk di bantal nikah saya panggil emak untuk duduk di sebelah saya. Anak kamu ini sangat berdebar! Saya sempat mengerling en suami yang juga kelihatan berdebar! Nervous kan syg!

5.30pm

Tok Kadi mula membacakan khutbah nikah, hadis-hadis berkaitan nikah dan menitipkan pesanan-pesanan. Antaranya jika bergaduh sebelah pihak harus diam dan beri masa kepada pasangan untuk 'cool down', jangan cabar-mencabar antara satu sama lain, bertolak ansur, bertoleransi, saling bantu-membantu antara satu sama lain. Masa ni rasa rugi pula tak ambil videographer!
Ok ready encik suami, praktis dulu. Aku terima nikah yer bukan aku terima nikahnya yer.
Bismillahirrahmanirrahim
Aku terima nikah sfzmdisa dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai. Sah? Sah. Fuhhhh lega. Alhamdulillah hanya dengan sekali lafaz saya telah selamat bergelar isteri kepada en suami. Buat pertama kalinya saya mengucup tangan lelaki bernama suami. Terus teringat hadis nabi "..wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki....." wahhh dialah pemilik tulang rusuk kiri rupanya! Alhamdulillah, tidak berhenti-henti saya mengucup syukur ke hadrat Ilahi.

Selesai akad, sudah tentunya ada lafaz taklik dan lafaz penyerahan tanggungjawab oleh kedua ibu bapa. Alhamdulillah mak yang pada mulanya tak mahu baca cukup sporting membacakan lafaz penyerahan tanggungjawab.  Saya juga berjaya menahan sebak, ye lah kan sebagai anak sulung dan majlis ini merupakan majlis akad pertama dalam keluarga saya.

Kami telah selamat disatukan 63 hari yang lalu.  Begitu cepat masa berlalu upacara akad nikah tersebut bagai semalam berlaku. Ia masih segar dalam ingatan saya dan en suami bersaksikan mak, abah, ayah, uki, angah, nenek, atok dan seluruh sanak-saudara yang lain. "Abg gigil tak masa nikah?" tanya saya. "Mau tak gigil, bohonglah kalo ad lelaki yang cakap tak gigil masa nak nikah!"jawab en suami.

Abg,
Love u in every beat of my heart!!!

Ok masa dah time, hehe, nantikan update seterusnya dari saya!!! Xoxo
17 Jun 2012.