Monday 25 November 2013

Breastpump Medela Mini Electric & Rumble Tuff


Inilah Medela Mini Electric Breastpump.  


Ringan, boleh digunakan sama ada elektrik atau bateri, tidak sakit, efficient expression, Full range adjustable vacuum, dan ia natural suck release relax cycling of a nursing baby.  Kira suctionnya seperti baby menyusu. 

Saya nak lelong breastpump ni dengan harga RM300 sahaja(termasuk pos).  Kebanyakan kedai jual RM399-RM450. 


Yang ni plak double breastpump Rumble Tuff. Boleh digunakan serentak kedua-dua belah cik b semasa mengepam.  Menjimatkan masa, ringan, tidak sakit, boleh digunakan sama ada manual, elektrik ataupun bateri. Yang bestnye pump ni die akan bagi reminder kat kite untuk pam pada sesi berikutnya. 

Yang ni saya lelong RM250 sahaja (termasuk pos).  Produk ni baru saja memasuki pasaran Malaysia dan kebanyakan kedai jual harga RM500++.  

Untuk makluman, breastpump yang dijual adalah breastpump 2nd hand. 

So sesiapa yang berminat boleh emel saya di alamat sfz_mdisa@yahoo.co.uk. 

Sunday 24 November 2013

Selamat Datang ke Dunia Izz Hadiff Fathullah (Part II)

Sambungan dari Part I


Saya dibawa semula ke bilik 5 dewan bersalin bagi tujuan berehat setelah darah tinggi mencanak naik sehingga 149. Seorang nurse memeriksa tekanan darah saya.  Tak sabarnya nak tengok baby sendiri. Tak lama selepas itu, datang seorang doktor perempuan berkaca mata (doktor tersebut sudah bersedia untuk menyambut kelahiran anak saya secara normal sebelum saya dibawa ke dewan bedah). Awak ok? Saya ok tapi saya sedih tak dapat bersalin normal. Jawab doktor itu, Tu la kan. Sket je lagi dah boleh teran, takpe la, awak rehat.  Nanti jangan minum pati ikan haruan banyak sangat yer. Saya sekadar mengangguk. Doktor menyuruh saya berehat. Saya lihat sekeliling bilik bersalin itu, warmer baby di sebelah, troli menyambut bayi juga sudah tersedia. Sayangnya tak dapat bersalin normal. Huhu. Datang pula seorang doktor lain memberitahu, anak awak ada masalah sekt, usus die terkeluar sket je, so kite akan bawa ke PPUM untuk rawatan lanjut. Sekejap lagi kite akan ambil sampel darah awak untuk dibawa ke PPUM. Saya sekadar jawab ok. Setelah doktor keluar, tak lama selepas itu, suami saya masuk.  Nak minum tak air ni?Air kurma. Abg blend kurma, badam, kismis, susu dan madu. Sedap tau. Abg dah tgk anak kite? Comel tak anak kite?  Comel sangat. Tadi abg dah azankan die, baby skang duk nicu, usus anak kite terkeluar sket macam usus ayam tu, malam ni abg ikut ambulan g ppum. Saat itu, barulah berderai air mata saya, Allahuakbar, sedihnya saat itu.  Masa doktor bagitahu tadi saya relaks jer tapi bila suami bagitahu sedih ya amat. 

Saya pulang semula ke wad 2B katil 17 sekitar jam 11 malam. Waktu sampai di wad, anak saya telah dibawa ke PPUM dengan menaiki ambulan. Suami saya telah sampai dahulu di PPUM. Sayunya masa tu. Saudara mara dan rakan taulan silih berganti mengucapkan tahniah melalui panggilan telefon dan sms.  Setiap kali menceritakan tentang baby, airmata jatuh berderai. Tolong doakan yer baby selamat melalui proses pembedahan esok. Tak sabar menanti hari esok. Cepatla esok, cepatla keluar wad.  Tak sabar jumpa baby saya. 

Esoknya mak saya datang untuk menemankan saya di wad. Prosedur untuk proses kelahiran c-zer, ibu ditahan wad antara 2 hingga 3 hari. Saya sangat memerlukan bantuan untuk bangun.  Sakitnya untuk bangun hanya Allah yang tahu. Pagi itu, tiub air kencing saya baru dikeluarkan dan saya disuruh untuk bangun dan bergerak sendiri ke tandas.  Ia penting bagi mengelakkan darah beku. Setiap kali nak bangun, saya tarik nafas dan terpaksa berpaut pada mak. Fikiran asyik teringat anak kerana pagi itu juga baby akan menjalani proses pembedahan jam 11.30 pagi.  Allah permudahkanlah.  Saya masih belum boleh keluar wad. 

Alhmadulillah setelah hampir 2 jam, baby saya telah selamat menjalani pembedahan memasukkan usus. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Cepatlah esok, tak sabar nak keluar wad, tak sabar nak tengok anak sendiri.  Malam tu mak tido dengan saya, kesiannya kat mak tido tak selesa. 

Hari dinanti telah tiba. Mudah-mudahan saya dapat keluar wad hari ini.  Sekitar jam 11 pagi, datang seorang doktor pakar buat round pesakit.  Rupanya mak saya pernah bekerja dengan doktor tersebut semasa bertugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.  Pesan doktor tersebut nanti masa second baby, balik jb jumpa dr. ravi scan. Setelah pemeriksaan dibuat, dan saya tidak demam, alhamdulillah, saya dibenarkan pulang pada 26.2.2013. Rakan sepejabat sempat juga menjengah saya di wad ketika saya mengemas barang. Sebelum keluar hospital saya sempat pergi berurut untuk melancarkan pengeluaran susu badan di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari atau dikenali TCM. Perkhidmtan percuma disediakan bagi pesakit di Hospital Putrajaya. 

Sementara suami saya di PPUM menjaga baby, mak dan abah yang jemput saya untuk pulang ke rumah setelah discaj wad.  Dalam perjalanan abah lalu bendul jalan berhadapan bus stop hospital, masa tu, saya menjerit kesakitan. Sakitnya kat tempat operate hanya Allah yang tahu, rasa macam nak tercabut jer masa tu.  Mak mencadangkan agar saya melawat baby esok memandangkan hari telah petang dan saya perlu berehat. Huhu. Tangguh lagi jumpa baby.  Cepatlah esok. Mama tak sabar jumpa kamu sayang














Wednesday 13 November 2013

Selamat Datang ke Dunia Izz Hadiff Fathullah (Part 1)

Alhamdulillah pada 24 Februari 2013 yang lalu, saya telah selamat melahirkan putera sulung kami di Hospital Putrajaya melalui kaedah Caesarean.  Ia pengalaman yang sangat indah bagi saya dan suami.  Sehari sebelum sakit bersalin, saya sempat mengemas dapur dan sempat shopping groceries, beli aiskrim Le Cremeria (fav ms pregnant tapi sayangnya tak sempat makan). hee.  Balik dari shopping, sempat saya meminta bantuan suami membuat air selusuh. 

Pukul 12am 24.2.2013, waktu tu kandungan telah memasuki 38 minggu, saya baru nk tido tetiba saya rasa tak selesa, dalam hati berkata 'ini ke air ketuban?'. Saya baring semula, tapi rasa makin lama makin tak selesa, saya ke tandas dan lihat ada air bercampur darah. terus teringat pesan doktor kalo ada darah tanda dah nak bersalin. Phewww anak mama dah nk jengah dunia ke. Saya maklumkan pada suami nak ke hospital just nk check je. Suami saya terkejut dan tak keruan.  Kami bawak kelengkapan yang tak berapa nak lengkap sebab masa tu saya yakin doktor akan cakap, awak balik dulu, nanti dah sakit kuat baru awak datang balik hospital yer. huhuhu. Kami tiba di hospital jam 2.00 pagi. Suami asyik bertanya betul ke ni yang nak bersalin dah? Tak pe, kite cek je dulu. Sampai sejuk tangan suami dibuatnya. 

Setelah memberitahu jururawat di kaunter, saya ke bilik prosedur, nurse cek tekanan darah, timbang berat badan, test urine, (masa tu air ketuban semakin banyak keluar).  Saya baring di katil, nurse mula memasang ctg untuk memantau denyutan jantung baby. Tapi masa tu saya rasa mengantukkkk yang amat. Baby pun nak tido masa tu agaknya. Tak lama lepas tu datang seorang doktor perempuan pakai cermin mata, ok puan kite cek jalan kejap jer, tarik nafas yer, (arghhh doktor nak seluk rupanye, sakit sket masa tu) ok jalan dah 2cm, so kite tahan wad yer. Cepat jer saya jawab Saya nak balik la doktor, saya tak sakit lagi. Doktor jawab eh mana boleh, air ketuban awak dah pecah ni. Saya jawab ala hp saya tertinggal kat rumah, Tapi doktor tetap tak bagi. Pasrah. Menyerah walaupun asalnya saya tak mahu ditahan wad. Selepas bagitahu suami saya dah kena check-in (sempat juga bisik ngn suami ala tak sempat mkn aiskrim!), saya dibawa ke Wad 2B, Katil 17.  Seorang nurse datang menyerahkan uniform pink untuk dipakai oleh pesakit2 O&G. Dalam hati, wah macam tak percaya masa untuk menjadi seorang ibu semakin hampir. Suami balik kat rumah dan bermula la perjuangan saya.  Saya terlalu mengantuk masa tu dan cuba untuk tidur tapi tetap tak boleh tidur. Mesej2 dengan suami rupanya dia pun tak boleh tidur. Pukul 4.00 pagi, saya mula tak keruan, rasa sakit datang berselang-selang tapi saya masih boleh baring kejap ke kanan kejap ke kiri. Ada juga nurse datang memegang perut saya sambil melihat jam. 2 jam kemudian datang seorang doktor pelatih memanggil saya ke bilik prosedur.  Arghhh nak seluk lagi. Mujur doktor perempuan lagi.  Ok puan, still 2 cm.  Balik kat tempat yer.  

8.30 pagi, suami datang membawa sarapan, hp, air selusuh dan barang-barang keperluan saya. Sempat juga sarapan dengan dia sebelum ditegur seorang nurse, Encik, nanti dah habis makan sila keluar yer, sekarang bukan waktu melawat. Sedih gilerrr masa tu, huahuahua.  I need my hubby!!! Saya makan mee goreng dan susu coklat. Tapi tak lalu makan.  Setengah jam lepas tu saya muntahhh. Dan sakit sudah semakin kerap.  Dalam hati, ohhh mcm ni rupanya mak rasa masa nak lahirkan saya, aduh sakitnya. Disebabkan menahan sakit, saya dah tak boleh baring masa tu, sehingga terpaksa memegang tingkap. Waktu tu baru saya menelefon mak yang saya telah ditahan wad.  Saya panggil nurse shift pagi itu dan meminta supaya doktor memeriksa jalan.  Nurse tersebut menjawab cek jalan 4 jam sekali puan.  Tunggu pukul 11. Hah??? pukul 11. 1 jam lagi kot. Tapi dah sakit kuat ni. Nurse tersebut memegang perut saya dan berkata yelah puan, dah sakit kuat ni.  Saya dibawa ke bili prosedur sekali lagi. Alamak doktor lelaki. Pakai kopiah. Pasrah je lah. Seluk dan 4cm. Yeah saya boleh dibawa ke Dewan Bersalin. Sebelum dibawa ke Dewan Bersalin, seorang doktor perempuan cina seluk lagi.  Arghhh sakittt ok. Sempat saya bertanya doktor lelaki berkopiah tadi, kenapa doktor buat tak sakit dia buat sakit? Oh dia doktor pelatih, nak belajar cara seluk.  fuhh sakit sangat ok. Doktor lelaki berkopiah tersebut memasukkan ubat untuk buang air besar dan setelah ubat masuk seriously memang rasa nak berak ok. Terus cakap kat doktor, doktor tersebut menolak saya menggunakan wheel chair untuk ke bilik. huahua. laju sangat ok, mujur tak accident.  Nurse yang incharge saya memesan puan, jangan lama sangat dalam toilet yer, kite nak bawak g dewan bersalin. Okkk nurseeee.

Sampai saja di dewan bersalin saya dibawa ke bilik 5. Seorang nurse membawa uniform putih dan menyuruh saya menukar uniform dan menyuruh saya menanggalkan getah rambut, rantai dan subang. Wah color lain la pulak. Saya disuruh berbaring dan nurse menunjukkan etanox gas dan mengajar saya cara menyedut gas. Awak sakit jer sedut gas ni ok.  Tak lama lepas tu suami saya masuk untuk memberi semangat kepada saya. Saat itu sakit kontraksi sudah semakin kuat dan kerap. Hanya ungkapan Allah, Lailahaillah, Lailahaillaanta subhanaka innikuntu minazzalimin yang mampu diungkap.  Sakit tak terperi. Setiap kali sakit datang saya sedut etanox gas. Semasa contraction saya muntah2 dan kaki kejang mungkin dewan bersalin yang sangat sejuk. Ketika os 5cm, saya ditawar mengambil suntikan epidural bagi mengurangkan rasa kontraksi dan saya bersetuju. Tak lama kemudian datang seorang doktor untuk menyuntik suntikan epidural dan menerangkan fakta berkaitan suntikan epidural. Saya disuruh duduk dan tidak dibenarkan bergerak sedikit pun kerana jarum akan dimasukkan di sekeliling saraf tunjang di belakang badan. Sakit sedikit tapi sakit kontraksi semakin kuat waktu itu. 

Setelah selesai suntikan epidural, saya baring semula. Sakit kontraksi yang amat menyebabkan saya memanggil nurse dan doktor. Doktor seluk dan waktu itu os sudah pun 8cm.  Doktor sempat berkata pada saya, ok kejap lagi dah boleh teran. Tetiba seorang nurse memaklumkan ctg tak cantik, heartbeep baby drop. Ini kena c-zer ni macam ni. Terus saya jerit TAKNAKKKK, boleh tak tak c-zer? Nurse berkata ok saya tanya pakar dulu ya puan dan jawapannya tidak, saya mesti melalui proses c-section. Pasrah lagi. Doktor memasukkan tiub air kencing sebelum saya dibawa ke dewan bedah. Setibanya saya di dewan bedah, saya diarah menandatangani dokumen sambil baring dan menyerahkan cermin mata kepada suami. Masuk sahaja di dewan bedah saya diberi suntikan bius di belakang badan dan diberi oksigen. Sepanjang proses pembedahan saya menggigil tak berhenti dan saya boleh mendengar doktor bertanya pada saya sama ada saya ada mengambil sebarang jamu sepanjang mengandung dan saya menjawab tak da. Setelah hampir sejam(agaknya) akhirnya saya mendengar tangisan bayi saya buat pertama kali. Allahuakbar, Alhamdulillah, syukur ya Allah. Indahnya saat kali pertama mendengar tangisan bayi saya. 

Seterusnya saya dibawa ke bilik recovery. Sempat saya bertanya kepada staff di situ, sekarang pukul ye? Dah pukul 4.45petang puan. Wah lamanya saya kat dewan bedah tadi, tak silap start pukul 2.  Tak sabar nk jumpa anak sendiri.  Ketika berada di bilik recovery, saya sakit kepala yang amat, rupanya tekanan darah saya mencanak naik sehingga 149. Tinggi sangat ok.  Dalam hati berkata terkejut agaknya kena c-zer kot. Sempat juga saya mendengar seorang staff di situ untuk mencari nescafe gold, tapi saya tak ingat tujuan meminum air tersebut almaklumla tengah mamai lagi waktu tu.  

Doktor memaklumkan memandangkan tekanan darah saya tinggi saya perlu dibawa ke dewan bersalin semula.  Setelah keluar dari bilik recovery barulah saya dapat berjumpa dengan suami, emak dan abah saya.  

Bersambung....

Ok, sekian dulu. Masa dah time, hee.  Nantikan entri selanjutnya ya.