Friday 30 December 2011

Selamat Tinggal 2011!

Salam, hari ini merupakan hari terakhir bekerja dalam tahun 2011. Beberapa jam saja lagi 2011 bakal melabuhkan tirainya. Tahun baru bakal menjelang umur makin bertambah makin meningkatlah pengalaman hidup maka jalan menuju tuhan itu semakin hampir.

Antara kenangan manis 2011
- Duduk rumah baru
- First time punya haiwan peliharaan sapa lagi kalau bukan arwah Lala.hihi
- Dapat jumpe Aaron Aziz n his 4d, diyana, danish anaqi, dwi arianna n dahlia arissa. comey sangat anak2 aaron. geram yang amat
- Terlibat dalam rakaman rancangan Dialog TV1 dan Tanyalah Ustaz TV9
- Dapat jumpa Cr. Hj Hushim Hj Salleh
- Dapat hadiah istimewa di hari lahir
- He proposed me! Malu

Terima kasih Allah atas segala nikmatMu yang mencurah-curah buat saya. Tq mak n abah n adik2 for always beside me. Semoga segala perancangan sepanjang 2012 akan berjalan lancar selagi hayat di kandung badan. Ya Allah perkenanlah. Amin

Thursday 29 December 2011

Adam vs Hawa

Lelaki dan perempuan. yup hanya ada dua sahaja jantina yg Allah ciptakan. Asal usul Adam dan Hawa. Banyak perbezaan sebenarnya. Dan sungguh menakjubkan ciptaan Allah. Subhanallah. Ini adalah antara keperluan emosi antara lelaki dan perempuan. Perempuan makhluk perasaan, bercakap kadangkala lebih mengikut emosi manakala lelaki makhluk fakta.

Keperluan Emosi Perempuan vs Keperluan Emosi Lelaki:

Perhatian - Kepercayaan
Pemahaman - Penerimaan
Berasa dihormati - Berasa dihargai
Belaian - Dikagumi
Perasaan mereka betul - Tindakan mereka betul
Diberi keyakinan - Diberi galakan

Selamat Ulang Tahun ke-29!

Cuti umum Krismas lalu, saya pulang ke kampung halaman bertemu keluarga. Hanya adik bongsu tak dapat pulang sibuk membuat persiapan terakhir menuju medan perjuangan yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Kesempatan yang ada saya gunakan sepenuhnya meraikan ulangtahun perkahwinan mak dan abah yang ke-29.

Pejam celik pejam celik sudah 29 tahun mereka hidup bersama. Bersama menempuh onak dan duri, jatuh dan bangun, suka dan duka, sedih dan gembira dalam kehidupan. Mak tak pernah jemu melayan abah menyediakan makan minum dan pakaian abah, abah pula seperti biasa tak pernah jemu melayan karenah mak. Kadangkala bila tengok mak merajuk sayang kelakar pula. Seronok sangat bile tengok abah suapkan mak masa makan mcm pengantin baru yg bersuap-suap saat makan beradap tu. Abah maintain romantik dan tak pernah segan show his love to mak. Teringat pula masa abah keje kat Melaka, mak pula kerja di Jb. Abah duk umah nenek (saya sangat kagum abah ok je duk ngan mak mentua die) masa tu. Malam-malam tumpang guna tepon umah mak ngah untuk bergayut dengan mak. Rindu sangat la tu kat mak. Sampai sepupu tegur "apsal la asek engage jer tepon umah mak aku ni, rupenye pengantin lama sedang bergayut". Hihi romantik, suka suka.

Tapi biasalakan rumahtangga. Dah nama pun rumah dan tangga tentu ada saja pasang dan surutnya. Cabaran demi cabaran pasti menanti hingga ke akhir hayat. Hmm bukankah jalan menuju syurga itu penuh berliku berbanding jalan ke neraka.

"Syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan"
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Mak kata dalam alam perkahwinan kena banyak banyak banyak sabar dan tolak ansur. Bile dah kahwin tak boleh fikir diri kita jer, kena fikir tentang suami tentang anak2 yang kian membesar, kite kahwin kan untuk selamanya, bukan untuk sehari dua. bile sebelah pihak tengah panas kite kena cool down.

Sempena ulang tahun mereka, saya n angah hadiahkan kek Ombak Rindu. hihi. Sebab kat tengah kek tu ada replika batu, simbolik perkahwinan abah dan mak yang tetap teguh walau ombak datang membadai. hehe

Kepada mak dan abah, semoga Allah terus memanjangkan jodoh mak dan abah hingga ke syurga.Perbezaan antara mak n abah menjadikan hubungan itu sentiasa ada warna yang menjadi tangga-tangga yang tidak pernah jemu untuk didaki.Abah n maklah are the reason i came to this world dengan izin dari-Nya.Luv mak n abah selamanya!

Tuesday 27 December 2011

Lala

26 Disember 2011
Lala pergi untuk selamanya, pergi meninggalkan saya, pergi meninggalkan dunia menuju ke alam baru. Sungguh saya tak sangka umur lala tak panjang. Mengenali kamu sejak Julai lalu, rupenye Allah lebih menyayangi kamu lala. Ye, saya telah bersedia menghadapi perpisahan itu. Tapi kamu pergi tanpa sempat meninggalkan pesan lala.

Lala, terima kasih kerana kamu sempat menjadi teman di saat jatuh dan bangun dalam kehidupan saya.
Lala, terima kasih kerana kamu sudi berkongsi tempat tinggal bersama saya. Lala, maafkan saya kerna sering mengabaikan kamu, maafkan saya kerna tidak melayan kamu lalu membiarkan saja kamu apabila saya telah keletihan.
Lala, maafkan saya kerna menyediakan hidangan yang tidak memenuhi selera kamu. Maafkan saya atas layanan saya yang kadang-kala agak kasar dan tidak sopan sepanjang perkenalan kita.

Lala, tenanglah kamu di sana, tenangla kamu di alam baru. Semoga kamu ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Giliran saya? tak tahu, entah bila agaknye sekejap lagi, malam nanti, esok lusa, uwwwwaaa takutnye!

Tuesday 20 December 2011

Romantika De Amor 2011

October 2011 ----> Hatikku Milikmu by Neera

November 2011 ----> Sampai Menutup Mata by Acha Septriasa

December 2011 ----> If You're Not The One by Daniel Bedingfield

:) sigh

Monday 19 December 2011

Harper Seven Beckham






ok i am very speechless saw this creature. beckham's sweetheart, harper seven beckham. super duper cute!
And i am really adore u victoria! still maintain the vogue! awesome!

Wednesday 14 December 2011

Syukur Kusedar

Salam, pagi ni saya sempat tengok gambar2 terbaru elyana wif anaknya, suke sangat tengok family die, and suddenly i realize suke sangat lagu elyana yang ni dalam album Jadi Diriku (2007)

Mata terpejam
untuk ku tahan
tangis ku linang
berpanjangan
makin ku lawan
makin ku ronta
tangis ku luruh bercucuran

Berkilau cahaya
di ufuk pandangan
masih ku nampakkan
wajahmu..
yang terindu - rindukan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Makin ku lawan, makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan

Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu.. tak lagi ku akan...

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....

Makin ku pejam
makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan

Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu tak lagi ku akan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....

Tuesday 13 December 2011

Terima Kasih Allah

Thank you Allah,,thank you Allah,.thank you Allah,,suddenly teringat lagu Raihan,,
Allah, terima kasih atas segala nikmat-nikmatMu yang tidak terhitung untukku, terima kasih Allah keranaMu aku lahir ke dunia menjadi hambuMu, sungguh dunia ini jambatan menuju akhirat, dunia ini tempat menabur seberapa banyak kebaikan dan pahala buat bekalan menuju ke sana alam akhirat.  Allah, jalan menuju syurga itu penuh berliku, sungguh! PadaMu kupanjatkan agar Engkau akan terus beriku kekuatan iman agar tidak alpa dan hanyut dengan keasyikan dunia yang sementara ini...