Thursday 29 December 2011

Selamat Ulang Tahun ke-29!

Cuti umum Krismas lalu, saya pulang ke kampung halaman bertemu keluarga. Hanya adik bongsu tak dapat pulang sibuk membuat persiapan terakhir menuju medan perjuangan yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja. Kesempatan yang ada saya gunakan sepenuhnya meraikan ulangtahun perkahwinan mak dan abah yang ke-29.

Pejam celik pejam celik sudah 29 tahun mereka hidup bersama. Bersama menempuh onak dan duri, jatuh dan bangun, suka dan duka, sedih dan gembira dalam kehidupan. Mak tak pernah jemu melayan abah menyediakan makan minum dan pakaian abah, abah pula seperti biasa tak pernah jemu melayan karenah mak. Kadangkala bila tengok mak merajuk sayang kelakar pula. Seronok sangat bile tengok abah suapkan mak masa makan mcm pengantin baru yg bersuap-suap saat makan beradap tu. Abah maintain romantik dan tak pernah segan show his love to mak. Teringat pula masa abah keje kat Melaka, mak pula kerja di Jb. Abah duk umah nenek (saya sangat kagum abah ok je duk ngan mak mentua die) masa tu. Malam-malam tumpang guna tepon umah mak ngah untuk bergayut dengan mak. Rindu sangat la tu kat mak. Sampai sepupu tegur "apsal la asek engage jer tepon umah mak aku ni, rupenye pengantin lama sedang bergayut". Hihi romantik, suka suka.

Tapi biasalakan rumahtangga. Dah nama pun rumah dan tangga tentu ada saja pasang dan surutnya. Cabaran demi cabaran pasti menanti hingga ke akhir hayat. Hmm bukankah jalan menuju syurga itu penuh berliku berbanding jalan ke neraka.

"Syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari dengan keseronokan"
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Mak kata dalam alam perkahwinan kena banyak banyak banyak sabar dan tolak ansur. Bile dah kahwin tak boleh fikir diri kita jer, kena fikir tentang suami tentang anak2 yang kian membesar, kite kahwin kan untuk selamanya, bukan untuk sehari dua. bile sebelah pihak tengah panas kite kena cool down.

Sempena ulang tahun mereka, saya n angah hadiahkan kek Ombak Rindu. hihi. Sebab kat tengah kek tu ada replika batu, simbolik perkahwinan abah dan mak yang tetap teguh walau ombak datang membadai. hehe

Kepada mak dan abah, semoga Allah terus memanjangkan jodoh mak dan abah hingga ke syurga.Perbezaan antara mak n abah menjadikan hubungan itu sentiasa ada warna yang menjadi tangga-tangga yang tidak pernah jemu untuk didaki.Abah n maklah are the reason i came to this world dengan izin dari-Nya.Luv mak n abah selamanya!

No comments:

Post a Comment