Sunday 24 November 2013

Selamat Datang ke Dunia Izz Hadiff Fathullah (Part II)

Sambungan dari Part I


Saya dibawa semula ke bilik 5 dewan bersalin bagi tujuan berehat setelah darah tinggi mencanak naik sehingga 149. Seorang nurse memeriksa tekanan darah saya.  Tak sabarnya nak tengok baby sendiri. Tak lama selepas itu, datang seorang doktor perempuan berkaca mata (doktor tersebut sudah bersedia untuk menyambut kelahiran anak saya secara normal sebelum saya dibawa ke dewan bedah). Awak ok? Saya ok tapi saya sedih tak dapat bersalin normal. Jawab doktor itu, Tu la kan. Sket je lagi dah boleh teran, takpe la, awak rehat.  Nanti jangan minum pati ikan haruan banyak sangat yer. Saya sekadar mengangguk. Doktor menyuruh saya berehat. Saya lihat sekeliling bilik bersalin itu, warmer baby di sebelah, troli menyambut bayi juga sudah tersedia. Sayangnya tak dapat bersalin normal. Huhu. Datang pula seorang doktor lain memberitahu, anak awak ada masalah sekt, usus die terkeluar sket je, so kite akan bawa ke PPUM untuk rawatan lanjut. Sekejap lagi kite akan ambil sampel darah awak untuk dibawa ke PPUM. Saya sekadar jawab ok. Setelah doktor keluar, tak lama selepas itu, suami saya masuk.  Nak minum tak air ni?Air kurma. Abg blend kurma, badam, kismis, susu dan madu. Sedap tau. Abg dah tgk anak kite? Comel tak anak kite?  Comel sangat. Tadi abg dah azankan die, baby skang duk nicu, usus anak kite terkeluar sket macam usus ayam tu, malam ni abg ikut ambulan g ppum. Saat itu, barulah berderai air mata saya, Allahuakbar, sedihnya saat itu.  Masa doktor bagitahu tadi saya relaks jer tapi bila suami bagitahu sedih ya amat. 

Saya pulang semula ke wad 2B katil 17 sekitar jam 11 malam. Waktu sampai di wad, anak saya telah dibawa ke PPUM dengan menaiki ambulan. Suami saya telah sampai dahulu di PPUM. Sayunya masa tu. Saudara mara dan rakan taulan silih berganti mengucapkan tahniah melalui panggilan telefon dan sms.  Setiap kali menceritakan tentang baby, airmata jatuh berderai. Tolong doakan yer baby selamat melalui proses pembedahan esok. Tak sabar menanti hari esok. Cepatla esok, cepatla keluar wad.  Tak sabar jumpa baby saya. 

Esoknya mak saya datang untuk menemankan saya di wad. Prosedur untuk proses kelahiran c-zer, ibu ditahan wad antara 2 hingga 3 hari. Saya sangat memerlukan bantuan untuk bangun.  Sakitnya untuk bangun hanya Allah yang tahu. Pagi itu, tiub air kencing saya baru dikeluarkan dan saya disuruh untuk bangun dan bergerak sendiri ke tandas.  Ia penting bagi mengelakkan darah beku. Setiap kali nak bangun, saya tarik nafas dan terpaksa berpaut pada mak. Fikiran asyik teringat anak kerana pagi itu juga baby akan menjalani proses pembedahan jam 11.30 pagi.  Allah permudahkanlah.  Saya masih belum boleh keluar wad. 

Alhmadulillah setelah hampir 2 jam, baby saya telah selamat menjalani pembedahan memasukkan usus. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Cepatlah esok, tak sabar nak keluar wad, tak sabar nak tengok anak sendiri.  Malam tu mak tido dengan saya, kesiannya kat mak tido tak selesa. 

Hari dinanti telah tiba. Mudah-mudahan saya dapat keluar wad hari ini.  Sekitar jam 11 pagi, datang seorang doktor pakar buat round pesakit.  Rupanya mak saya pernah bekerja dengan doktor tersebut semasa bertugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.  Pesan doktor tersebut nanti masa second baby, balik jb jumpa dr. ravi scan. Setelah pemeriksaan dibuat, dan saya tidak demam, alhamdulillah, saya dibenarkan pulang pada 26.2.2013. Rakan sepejabat sempat juga menjengah saya di wad ketika saya mengemas barang. Sebelum keluar hospital saya sempat pergi berurut untuk melancarkan pengeluaran susu badan di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari atau dikenali TCM. Perkhidmtan percuma disediakan bagi pesakit di Hospital Putrajaya. 

Sementara suami saya di PPUM menjaga baby, mak dan abah yang jemput saya untuk pulang ke rumah setelah discaj wad.  Dalam perjalanan abah lalu bendul jalan berhadapan bus stop hospital, masa tu, saya menjerit kesakitan. Sakitnya kat tempat operate hanya Allah yang tahu, rasa macam nak tercabut jer masa tu.  Mak mencadangkan agar saya melawat baby esok memandangkan hari telah petang dan saya perlu berehat. Huhu. Tangguh lagi jumpa baby.  Cepatlah esok. Mama tak sabar jumpa kamu sayang














No comments:

Post a Comment