Wednesday 4 April 2012

7 hari lagi!

Assalamualaikum wbt everyone!

7 hari lagi saya bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan saya, weeweet. InsyaAllah moga dizinkan Allah, saya bakal menempuh alam perkahwinan.  Tentu saja pelbagai perasaan sedang bergelumang dalam jiwa ini.  Gembira kerana tidak lama lagi hidup saya ditemani encik suami ke mana saja insyaAllah.  Sedih kerana jika dulu abah dan mak tempat saya merujuk dalam membuat keputusan dalam hidup tapi lepas ni saya encik suamilah  tempat saya mengadu segala susah dan senang menempuh kehidupan masa depan.  Jika dulu syurga itu terletak di bawah kaki ibu tetapi setelah berkahwin syurga itu terletak di bawah kaki suami.  Wowww betapa mulianye title seorang suami itu rupanye...

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Oh ya perasaan takut pun ada kerana saya tidak kenal lama bakal encik suami sekadar kenal gitu-gitu lalu Allah buka pintu hati saya untuk terima dia sebagai teman hidup dunia akhirat insyaAllah.  Teruja pun ada kerana majlis saya nanti merupakan majlis pertama dalam keluarga saya. Moga Allah mempermudahkan segala urusan walimatulurus nanti.  InsyaAllah. Terima kasih buat mak abah dan adik-adik yang sentiasa bersama saya sepanjang jatuh bangun dalam kehidupan saya juga buat kalangan teman-teman rapat yang menitipkan kata-kata motivasi untuk saya menempuh alam baru itu.  Pesannya jadikan suami kamu tempat mengadu segala masalah, jangan buka rahsia perkahwinan dan jaga ia dengan baik, hati-hati dalam berbicara dan sentiasa berfikiran positif.  Kawan-kawan, doakan saya agar dapat menempuh alam itu dengan baik.  Moga alam perkahwinan itu nanti akan menjadi lubuk untuk saya menambah saham akhirat saya buat bekalan menuju ke alam sana. Ameen. Renung-renungkan...

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

(Surah An-Nuur: ayat 32)

"عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسَوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ فَإِنَّهُنَّ يَأْتِيْنَكُمْ بِالْمَالِ".
Maksudnya: Dari Aisyah Radiallahu-Anha, Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Berkahwinlah kamu,  kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta".
(Riwayat Al-Imam Al-Bazzar)
 

No comments:

Post a Comment