Tuesday 17 December 2013

Tanggungjawab Baru Bermula

Hari ini hari Rabu 27.2.2013, hari saya bakal bertemu dengan zuriat saya, Izz Hadiff Fathullah.  Seawal jam 8.00 saya, suami, mak dan abah saya memulakan perjalanan menuju ke PPUM.  

Kami sampai di Kompleks Wanita dan Kanak-kanak PPUM sekitar jam 10.30 pagi. Sebelum naik ke wad, emak mengambil wheelchair untuk saya memandangkan saya belum kuat untuk berjalan.  Sementara suami parking kereta, kami menuju ke Wad 6B (wad selepas pembedahan).  Teruja, berdebar dan tak sabar melihat buah hati saya. 

Emak menunjukkan bayi saya yang berada dalam inkubator.  Sayunye hati melihatnya.  Hati berkata "Mama dah boleh kuar wad, tak lama lagi sayang pun pasti boleh kuar."  Tak lama suami datang.  Comel kan anak kita.  Die suka kalo abang usap2 kepala die. Saya pegang die cium die. Wanginya anak mama ni. Saat itu airmata berderai kerana itu lah kali pertama saya dapat memegang mengusap dan menciumnya.  

Datang seorang doktor cina perempuan ke arah kami.  Oh ini mummy die ea? Saya mengangguk sambil tersenyum.  Suami memaklumkan usus baby yang terkeluar sket dipanggil omphalocele(UK) atau exomphalos(US). Alhamdulillah anak kami bukan kategori omphalocele yang teruk sehingga ada seorang doktor di PPUM berkata Aiya,  ini kes pun mahu anta sini ka, ini kasi tolak saja masuk dalam. Tetapi memandangkan kes telah dirujuk ke PPUM, baby akan dimonitor sebaik mungkin. Saya lihat di sekeliling saya pada waktu itu, ramai lagi baby yang lebih teruk berbanding anak saya. Allahuakbar. Allah betul2 menduga hamba-Nya yang beriman.

Setiap 2 jam darah diambil untuk memeriksa tahap gula dalam badan baby.  Setiap kali bayi buang air besar atau pun kencing pampers baby perlu ditimbang.  Keadaan bayi saya stabil dan doktor memaklumkan sama ada esok atau lusa baby bole diberi susu badan dengan sukatan 10ml, kemudian 20ml, dan 30ml.  Syukur. Tak lama lagi saya boleh direct feeding dengan baby. 

Petang tu mak tom dan suami sempat melawat kami sekeluarga. Terima kasih mak tom atas doa dan sokongan.  Memandangkan saya tidak membawa kelengkapan pakaian untuk bermalam di PPUM saya terpaksa pulang ke rumah.  Sayunya hati tak dapat berjaga malam bersama baby saya.  Malam tu, kami mendapat panggilan dari PPUM untuk membawa pacifier untuk baby memandangkan Hadiff menangis tak berhenti. Saya menangis. Hadiff lapar. Rindu mama dan papa dia agaknya.  Macam tau tau jer mama papa dah balik petang tu.  Patutla malam tu nurse ada call suruh beli pacifier.  Saya menangis. Baby tak pernah lagi direct feeding dengan saya tapi nak bagi pacifier. No! Saya tak mahu anak saya confuse dengan puting tak ori. Nanges lagi.

28.2.2013. Tarikh bersejarah untuk suami saya. Hari suami saya dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011.  Tahniah abang. Kelahiran Izz Hadiff Fathullah benar-benar membawa rezeki untuk kami. Selesai majlis tersebut, kami bersiap menuju ke PPUM. 

Dua orang doktor dari klinik genetik datang memeriksa baby. Kemudian doktor tersebut bertanya tentang salah silah keluarga saya dan suami dan meminta kebenaran untuk mengambil darah baby untuk kajian memandangkan kes ini merupakan yang pertama dalam keluarga kami berdua. Kami sekadar bersetuju dan memberi kerjasama terhadap doktor tersebut. 

Saya tak sabar nak bagi susu badan kat Hadiff tapi sayangnya doktor kata kena tunggu esok.  Cepatla esok saya tak sabar nak bagi susu kat anak saya.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment