Wednesday 2 January 2013

Saya sedang berjihad!

Assalamualaikum wbt.

Wow lamanya saya tak update blog! huhuhu. Rupanya life sebagai seorang wife sangatlah sibuk sampai tak sempat nak curi-curi masa untuk update blog. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, Allah terus memurahkan rezeki kami berdua. Kini kami sangat teruja dan berdebar menantikan penyeri hidup kami! Yup! We're expecting a baby soon. Wah mcm tak percaya dah nak pikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah! Thank you Allah.

Masa berlalu begitu pantas.  Kini dah masuk trimester ketiga baru sedar due date semakin hampir. Bole tak baru sedar? hihi. Rasa macam baru je semalam dapat tahu saya pregnant.  Rasa macam baru je dapat rasa baby tendang-tendang dalam perut nih. Tak lama dah nak bersalin rupanya! Ok macam tak percaya lagi. 

Pagi 13 Julai 2012, setelah hampir sebulan cik bulan tak kunjung tiba, saya dengan semangat dan penuh tawakal menjalankan upt sendiri di rumah untuk kali kedua. Jeng jeng jeng, sangat sangat tak sangka hasil ujian menunjukkan 2 line = +ve = pregnant! Terus jerit "Abangggg, abanggg cepat tengok!" En suami senyum penuh makna.  Alhamdulillah, MasyaAllah, Subhanallah, memang benar Allah itu sangat pemurah kepada hamba-Nya.   Kami berdua tidak berhenti mengucapkan syukur. Disebabkan buat test sendiri dan tak jumpa doktor, tetiba masa tu terbit perasaan sedikit tidak percaya, eh result ni boleh percaya ker, haha. Lagipun masa tu saya tak mengalami sebarang alahan cuma terasa badan letih luar biasa. Asyik rasa nak tidur jer. Oh ya! Sebelum buat test upt tu, ada satu malam sebelum tidur tetiba saya request dengan en suami nak makan chicken chop dan air neslo! Boleh tak malam-malam nak makan menu sebegitu?! haha. 

21 Julai 2012, Sabtu bersamaan 1 Ramadhan 1433H, umat Islam seluruh dunia mula berpuasa.  Oh betapa 'excited'nya saya melalui Ramadhan kali ini.  Ye lah tahun pertama saya berpuasa bersama insan bergelar suami. Ohhh tak lupa juga puasa bersama baby dalam perut nih. Alhamdulillah saya tak keseorangan lagi meraikan Ramadhan tahun ini. :) Jam menunjukkan pukul 5petang,  hanya beberapa jam sahaja lagi untuk berbuka puasa, suddenly saya terasa mual, tekak rasa pahit, dan tak lama lepas tu saya vomit!!! Kotak fikiran berkata 'Jeng jeng jeng, adakah ini tanda bermulanya alahan pregnant?'

Bermula dari hari pertama puasa hinggalah tamat bulan puasa, hampir setiap petang saya akan vomit dan waktu kebiasaannya adalah jam 5 petang dan 12-1 tengah hari! Lemah satu badan bila dah muntah.  Tambahan batuk saya masih belum baik sejak bulan 6/2012! (gara-gara terlebih makan durian kat muo!) Kalau wanita hamil yang lain mengalami morning sickness, tapi saya mengalami evening sickness, haha. Waktu ni, saya amat sensitif dengan bau perfume, bau ubat gigi colgate, bau krim muka, bedak muka, memang comot dan pucat sangat muka masa alahan tu. Saya juga sangat sensitif dengan bau udang basah, ayam dan ikan yang belum disiang. huhu. Tapi bila siang ikan kat umah mak ok jer. tak vomit langsung. Menakjubkan! hee. Alahan berlarutan sehingga usia kandungan hampir memasuki 5 bulan.  Selera makan juga berubah pada waktu ni.  Saya tak boleh makan lambat, kena makan on time, tak boleh makan dalam kuantiti yang banyak, tak boleh makan pedas, berminyak dan berempah, huhu.  Baby benar-benar mengajar mamanya makan mengikut sunnah Nabi "Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang!" hehe.   

Semasa usia kandungan 16 minggu, saya diserang demam. Muntah seperti biasa bertukar menjadi muntah + darah = muntah luar biasa. Mungkin disebabkan hari-hari saya muntah, tambahan batuk yang berpanjangan menyebabkan tekak berdarah dan tekak saya rasa pahit sangat. Tapi saat itu, terdetik dalam hati, "Mungkinkah roh telah ditiup dalam janin mama?" Malam itu, suami terus mengajak ke klinik dan keesokkannya saya mendapat mc untuk satu hari. Mc kali pertama untuk tahun ini dan semasa pregnant! Keesokkannya saya bekerja seperti biasa, pulang dari tempat kerja, saya baring seketika dan suddenly saya dapat merasakan ada sesuatu bergerak-gerak dalam perut saya, rasa seperti vibrate dalam perut. Subhanallah! Anak mama dah mula bergerak! Roh telah ditiup ke anak mama! Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
 


Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu dalam rahim ibu selama empat puluh  hari dalam bentuk nutfah( sperma), kemudian menjadi alaqah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah( segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menulis empat  perkara; rezkinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sengsara atau bahagianya. Maka demi Allah tiada Tuhan selainNya,  ada seseorang diantara kamu yang mengerjakan amalan ahli Syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah, lalu dia melakukan perbuatan ahli Neraka hingga ia masuk ke dalamnya. Ada sesaorang diantara kamu mengerjakan amalan ahli Neraka, sehingga tidak lagi jarak antara dirinya dan Neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir Allah lalu dia melakukan perbuatan ahli Syurga, dia pun masuk ke dalamnya". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Masuk 20 minggu, alhamdulillah alahan semakin hilang.  Saya semakin okey bila bau perfume dan paling menggembirakan bila saya dah boleh makan minum macam-macam! Cuma masih lagi sensitif dengan bau colgate! Antara makanan kegemaran saya semasa pregnant kali pertama ni ialah mihun (esp: mihun Singapore!), pisang dan makanan berasaskan jagung! Jagung rebus, jagung bakar, aiskrim jagung dan nasi jagung! Masa pregnant ni jugalah pertama kali dalam hidup saya, saya cuba masak nasi jagung sendiri! Haha.   

Setiap kali melalui kesukaran sewaktu pregnant, saat itu lah teringat mak, ooo macam ni mak rasa masa pregnantkan saya dulu.  Teringat kata-kata mak saat saya mengadu rasa pinggang macam nak tercabut, "sakit-sakit sekarang ni (masa pregnant) sket jer kalo nak dibandingkan sakit masa nak bersalin". Gulp. Terus terdiam.  Bila tanya mak, "Sakit bersalin tu rasa macam mana mak?" Mak cuma mampu describe "Sakit masa bersalin itu, cuma fikir antara hidup atau mati." Besarnya pengorbanan mak. Tak ternilai pengorbanannya untuk saya balas dengan wang ringgit. Tak lama lagi saya juga harus berjuang berhabis-habisan demi melahirkan cinta hati kami. Moga Allah mempermudahkan segala-galanya. Ameen ya rabbal alamin. :)









1 comment:

  1. mama long..gud luck bersalin nanti..chaiyok!!! another sweet moment yang akan korang lalui..sgt2 chomel..

    ReplyDelete